top of page
Search

PKP 1 JUN 2021 - SEKTOR EKONOMI DAN PERKHIDMATAN PERLU BOLEH BEROPERASI MELALUI MITI CIMS 3.0

Updated: Jun 16, 2021

Pastikan anda bersama kami untuk mendapatkan maklumat terkini berkenanan Penutupan Penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP Total Lockdown) yang akan bermula pada 1 Jun 2021. Memandangkan laman sesawang rasmi kerajaan sedikit sukar untuk dilawat ekoran peningkatan trafik, kami mengambil inisiatif menyediakan platform untuk anda mendapatkan maklumat terkini berkenaan PKP dari semasa ke sesama.


Seperti yang kita sedia maklum, surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan sebelum ini oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terbatal mulai 31 Mei 2021. Sebagai langkah susulan, majikan dari Industri Kecil dan Sederhana (SME) dalam sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential service sectors) perlu mendapatkan surat kebenaran beroperasi setelah mendapat pengesahan daripada kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor berkenaan. Sebagai contoh, majikan dari sektor pertanian perlu mengemukakan pemohonan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi mendapatkan kebenaran perjalanan untuk bekerja sepanjang tempoh PKP tersebut.


Walau bagaimanapun, dalam satu sidang media khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, beliau telah memutuskan supaya melantik MITI sebagai sebuah pusat sehenti (one stop centre) yang akan menyelaras kesemua pengeluaran surat kebenaran operasi bagi sektor berkenaan.


Anda boleh menyemak senarai sektor perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP Total Lockdown seperti pautan dibawah:


Bagi sektor pembuatan dan pekhidmatan yang berkaitan (manufacturing-related service) yang pernah memohon surat kebenaran MITI pada PKP 1.0 dan 2.0 serta yang masih menunggu keputusan kebenaran operasi, anda boleh terus memuat turun surat kebenaran MITI yang terkini melalui portal Covid-19 Intelligent Management System CIMS 3.0.



Sebarang maklumat terkini, kami akan paparkan terus di laman blog kami.


Pastikan anda selamat. Ayuh putuskan rantaian Covid–19 dengan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.




bottom of page